Friday, September 26, 2008

Last week of ramadhan

Minggu ni xtvt padat...ditambah dgn badan yang kurang sehat...uhh....

1) 24hb sept - paksa izi gi nilai
- tp nape fuza yang shopping?????
2) 24hb sept - paksa kak has masak utk berbuka. ingat air khatira tau....
3) 25hb sept - berbuka dgn exroomate...kat sunway pyramid (tak gi...sedey..ohhhh)
4) 25hb sept - berbuka dgn sekolah kat restoran puteri, mont kiara....best!!!!
- majlis tadarus
5) 26hb sept - majlis penyampaian sumbangan kpd org miskin n yatim
6)26hb sept - mlm ni last jd bilal terawikh...bec after sahur bertolak balik ke perak!!!!! Daaaaaa...

"balik kampung...ohoooooo...balik kampung...."

Saturday, September 20, 2008

Hari2.....

Hari2 g sekolah....best jumpa bdk2 ppkp....agak2 boring blh menyembang dgn bdk2....wlau entah hape2 cite...cukuplah aku sebagai pendengar mereka. Sebenarnya xde apa2 pun....tp dek kerana jd pendengar setia...percayalah bdk2 akan suka...dari jauh dah nak bercerita...klu kita ada, gigih panggil kita...

Besalah ppkp dlm lingkungan dunianya....tp yg syoknya bdk2 tahun 6 selalu kacau....klu dlm kelas sibuk je menyinggah...di perhimpunan siap tunjuk sign peace dan entah hape2 sign lagi...masa rehat mesti nak tunjuk muka....dari jauh dah panggil nak salam...cium tangan...dan siap peluk2 lagi...mulanya tak selesa lama2 dah jadi best sbb mereka semua sentiasa hepi..heheh...

sampaikan PK n cikgu2 lain tanya "nape bdk2 tu suka kamu?" aku jwb mudah je "besalah...aku kan cikgu!"

Tuesday, September 16, 2008

indahya hidup

kadang2 apa yg berlaku tidak terduga...byk sgt perkara yg berlaku dlm hidup yg menjadikannya indah dan bermakna.

biasalah d perhimpunan sibuk bdk2 wat xtvt....cikgunya pulak layan menyembang... biasanya menyembang dgn utz bad...pantang nampak je...mcm2 le benda nak kongsi. aku mendengar dgn setia.
tp hr ini change partner. best jg bila brsembang dgn cikgu R penuh dgn penambahan intelektual lak n mengembangkan minda...dr bab sejarah (?) hingga agama (!) n isu2 semasa dikupas dgn hemah...best! xle meraban atau ngumpat jer...lg pun ni kan bln pose....hehehe..

thari pula temankan cik pora g psr pudu beli gift kasi lecturer2 ipik. yg plg ketara adalah sambutan hangat di ipik. baru le nampak muka lec2 berseri skit...exstudent dtg bertandang. wlu dicop muka tembok...tak kisah...tp yg pasti they r hepi!!! sempat jg kacau kak kih ronggeng n kak manja kat opis pentadbiran...so hepi!!!

nk ambik folio kh.....semua tak jumpa....mana entah....

mlm lps terawikh duk le kat meja. ada lah pok cik ni....relax je orgnya. but ilmu penuh didada...mcm2 pesan disampaikan. byk jg le subject discussion...i really appriciate e input....thanks to Alllah..it shows to me that ...masih ada org yg sayang aku wlu xbrapa kenal sgt... yelah kan Allah memberi kasih sayang dgn mengirim pok cik ni menyampaikan sesuatu yg bermanfaat....at last kita patut bersyukur dgn apa yg ada..pertingkatkan amal...(besalah discussion sambil aku perabih kuih moreh atas meja...heheh..motif?)


Sunday, September 14, 2008

Shopping!

Semalam temankan tunang gi shopping...besalah kat sogo dan kawasan jajahan sekitarnya. Walaupun orang ramai ia tidak memberi effect kepada kami bec dah ada mindset. Berlegar2 kawasan tujelah....dan sempat menyesakkan jalan TAR dalam setengahjam je. Tak de beli benda pun....sikit2 je....

Dalam train nak balik jumpa member lama shahrizal & Ismarliza with their daughter.

Pada masa yang sama fuza and izi berbuka sama2...besalah tak ajak punnn...

Friday, September 12, 2008

Al-kisahnya

"abg... tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina... gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu... hu... "

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on... tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."

Mural

Budak2 sibuk wat UPSR...kami sibuk wat mural... abih dinding kena cat.... nati aku tunjuk pics...xsempat nak download..hehe...

Sunday, September 7, 2008

Shopping di Jalan TAR

Setiap kali raya adalah suatu kemestian bagi warga KL dan kawasan sekitarnya menyerbu jalan TAR. Tapi....rasanya tak sanggup lak nak merempuh lautan manusia yang berbagai warna kulit dan bau....

Minggu depan plan nak g dgn tunang...hehe... Harapnya kaki ku tak lenguh2X....

Wednesday, September 3, 2008

Futsal???


Dah setahun reunion Bulan Ramadhan....
Aku tengah tunggu tahun ni....Bila oi???

Baguih tul planning tahun lepas...petang main bowling, berbuka ramai2, tarawikh(???), tadarus (???), main futsal and di meja kopi sampai sahur....heheh....

Lama ku ingat



Ni ler member lama di Kijal....huhuhu.... Dah keja kat Risda...Dah nak kawen jgk...(gosip dari rimau...heheh...)


Tuesday, September 2, 2008

memorable sahur

Yuppp!!! tadi adalah hari kedua bangkit untuk bersahur. Cuma aku dan zul je... cukup ala kadar alas perut je... Bubur jagung - jiran sebelah rumah bagi, Pengat pisang - jiran depan rumah pula bagi, Cok kodok - tipah bagi dan roti john aku beli dari bazaar ramadhan.

Tapi the 1st sahur lagi best...bukan apa ada abg mie sekali....meriah mcm kat rumah. jam 12 kami sibuk prepare meals....."kami" tu aku jelah...yang abg mie and zul bantai tidor...natijahnya beridang dan mengemas abg mie buat and bab membasuh zul tiba2 rajin. setahu aku......complaint je tau....ada improvement! Maklumlah sejak mula ada awek nampak bertanggungjawab sikit...heheh

whatever pun sahur tu ttp best!