Last saturday was a memorable day for me....to whom who had passaway... Innalillah.
Perjalanan yang sesingkat ini mengajar aku mengenali seorang tua yang telah uzur benar. Mengikuti setiap jejak langkah ku walau hanya sekadar mampu melihat dan bertanya sepatah dua ayat. Tetapi bagi ku cukup besar ertinya sebagai penghargaan bagi ku yang masih baru benar menikmati hidup di dunia ini.
perjalanan dari Kl ke Bera petang ini dirasakan sangat singkat. Tidak seperti selalunya. Derap kaki melangkah ke dalam rumah dengan salam perlahan bisa membuka bungkaman kesepian seisi rumah.
Aku bersalaman dengan semua orang dan sempat menjejak ekor mata mata kepadanya. Selang 15 minit hafas itulah yang terakhir dihela dan dihembus. Dia kaku.
Dia seolah-olah menunggu ku hadir sebelum dia pergi. untuk selamanya. Akulah orang yang terakhir sampai pada malam itu. Syukur Tuhan kerana memberi aku kesempatan untuk bersamanya buat kali terakhir itu. Aku redhakan dia pergi kerana Allah swt lebih menyayangimu.
Aku sedekahkan bacaan Al-Qur'an, mandikan, kafankan, sembahyangkan dan kuburkan dengan bantuan kudrat yang ada. Syukur Tuhan juga memberi aku kekuatan untuk melalui dan melakukan semuanya demi meniggikan AgamaMu.
Amin. Semoga roh allahyarham aman.
Takziah untuk Awang Hitam arwah atok Yani yang ke kenal selama 8 bulan ini.
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.0
10 years ago

No comments:
Post a Comment