Thursday, May 20, 2010
Wednesday, September 30, 2009
My new gereration
Syukur Tuhan memberi aku kesempatan yang trindah ini...........
Tuesday, July 14, 2009
Kenangan yang telah tiada
Perjalanan yang sesingkat ini mengajar aku mengenali seorang tua yang telah uzur benar. Mengikuti setiap jejak langkah ku walau hanya sekadar mampu melihat dan bertanya sepatah dua ayat. Tetapi bagi ku cukup besar ertinya sebagai penghargaan bagi ku yang masih baru benar menikmati hidup di dunia ini.
perjalanan dari Kl ke Bera petang ini dirasakan sangat singkat. Tidak seperti selalunya. Derap kaki melangkah ke dalam rumah dengan salam perlahan bisa membuka bungkaman kesepian seisi rumah.
Aku bersalaman dengan semua orang dan sempat menjejak ekor mata mata kepadanya. Selang 15 minit hafas itulah yang terakhir dihela dan dihembus. Dia kaku.
Dia seolah-olah menunggu ku hadir sebelum dia pergi. untuk selamanya. Akulah orang yang terakhir sampai pada malam itu. Syukur Tuhan kerana memberi aku kesempatan untuk bersamanya buat kali terakhir itu. Aku redhakan dia pergi kerana Allah swt lebih menyayangimu.
Aku sedekahkan bacaan Al-Qur'an, mandikan, kafankan, sembahyangkan dan kuburkan dengan bantuan kudrat yang ada. Syukur Tuhan juga memberi aku kekuatan untuk melalui dan melakukan semuanya demi meniggikan AgamaMu.
Amin. Semoga roh allahyarham aman.
Takziah untuk Awang Hitam arwah atok Yani yang ke kenal selama 8 bulan ini.
Sunday, June 14, 2009
penggal sekolah sudah bermula.....
Balik ke Pahang, KL, Perak, KL lagi dan ke pahang pulak...and lastly KL lagi....
Jauh tul perjalanan.
cuti ni sempat la menguruskan kenduri kahwin adik....menunggu sunset di Ban Pecah Kuala Kurau sambil makan mee udang 3 rasa..yummmieee!!!!! Sapa2 nak g nanti blh le wat appointment. Sure terkenang punyalah!
sempat jg jumpa K.e duan, midah and utz azwani...gamat!
Sunday, April 19, 2009
Monday, February 2, 2009
I'm back....

Ahmad Hirzi Humaizi, Ahmad Muaz Mursyidi & lovely Mirza Maisara - Anak2 Zura yang ceria!!!
Salam untuk semua... Alhamdulillah.
Maaf le lama betul tak broadband....hehehehhhh sibuk merancang dan meraikan majlis sendiri....
skrg pula dah ada 2 kampung...so, tetiba Alhamdulillah aku dah jd driver yang baik...ke KL, perak, pahang n KLINIK!!!!! heheh...
Cuti adalah saat2 yang best....with mywife, families....old friends....dan mbr2 orang kampung....
KL menjadi titik penempatan for my siblings....Abg Mie n wife, Hisham's family n friends, Hassan, Hapi... Selalu datang. Rasa ada mereka mcm berada di rumah kampung jer.. makan, ngumpat, gelakkan orang, comment ttg umak, kacau zura dan anak2... Its all very lovely...besides me is My beloved wife - YANI.
Terima kasih kpd mbr2 yang selalu sangat call SYED, DALILAH N IZZI. lOVE U GUY SO MUCH.... begitu jg sahabat2 SIS...K.E & DUAN....always happening...huhuhuuu...
Now i'm reliazed that i'm entering a new circle of mylife. Entering extended family system. Best! creating new experience n responsibility. I began to merge with Kak Afzan's family as well as Yani's family.. huhu... on Jun 2009 Naiemah pulak nak kahwin...keluarga kami semakin besar....dan berkembang...everybody take care of each other... Alhamdulillah.
Thursday, October 30, 2008
Nikah & Preperation Perkahwinan Ku -
Post ini aku copy dari fuza jerrr... tak sempat nak tulis or upload pics lain lagi...
Wednesday, October 29, 2008
By fuza~~~~......MAJLIS AKAD NIKAH......~~~~ ~~..MOHD.KHAIRUL..&..NASUARIANI..~
hari sabtu lepas, 25oktober2008, kitorang bertolak dari umah kerol ke pahang lebih kurang jam 6ptg... ermm..setelah FIZA MENG'KENSEL'KAN KEHADIRAN BELIAU, aku pun terpaksa la pegi dgn famili kerol (dgn muka tak malu..haha)
jalan jam giler.. sakit kepala hotak aku..minyak cap kapak jd teman setia.. sampai kat mengkarak, pahang tu lebih kurang jam 1045 malam..lebih 4 jam perjalanan kitorang tau..huhu... korang imagine la sendiri mcm mana sengetnya tudung aku, mabuk + muntah2 kalah org ngandong.. argghhhh...
pastu, mengikut perjanjian awal, aku akan tido umah kak yani, tapi kerol tak kasi.. mcm2 la alasan dia..siap sogok aku dgn ceklat ferero rocher.. huhu.. tau kenapa dia tak kasi tido umah kak yani?? sbb..aku kena jadi bibik dia.. cocok bunga telur, streka baju pengantin, streka alas dulang hantaran, basuh kawah,kuali, dll....
DI MASJID...
ni gambar cincin diorg.. ermm.. cantik...
rasanya cukup la sampai kat sini cerita time nikah kerol & kak yani.. time sanding nanti2 la kita citer ek.. server tak bagus la.. tak leh nak upload gambar.. susah btoi pakai broadband ni..lembab.. nanti la balik seremban kta update citer time sanding plak ek.. hehe..
Tuesday, October 28, 2008
Jawatan Kosong : Penyampai Radio Putrafm
Sunday, October 26, 2008
SELAMAT PENGANTIN BARU !!!
Perkahwinan Ku -
By Fuza:
MAJLIS PERSANDINGAN - kerol & kak yani..
Monday, October 13, 2008
kad kahwin
Friday, September 26, 2008
Last week of ramadhan
1) 24hb sept - paksa izi gi nilai
- tp nape fuza yang shopping?????
2) 24hb sept - paksa kak has masak utk berbuka. ingat air khatira tau....
3) 25hb sept - berbuka dgn exroomate...kat sunway pyramid (tak gi...sedey..ohhhh)
4) 25hb sept - berbuka dgn sekolah kat restoran puteri, mont kiara....best!!!!
- majlis tadarus
5) 26hb sept - majlis penyampaian sumbangan kpd org miskin n yatim
6)26hb sept - mlm ni last jd bilal terawikh...bec after sahur bertolak balik ke perak!!!!! Daaaaaa...
"balik kampung...ohoooooo...balik kampung...."
Saturday, September 20, 2008
Hari2.....
Besalah ppkp dlm lingkungan dunianya....tp yg syoknya bdk2 tahun 6 selalu kacau....klu dlm kelas sibuk je menyinggah...di perhimpunan siap tunjuk sign peace dan entah hape2 sign lagi...masa rehat mesti nak tunjuk muka....dari jauh dah panggil nak salam...cium tangan...dan siap peluk2 lagi...mulanya tak selesa lama2 dah jadi best sbb mereka semua sentiasa hepi..heheh...
sampaikan PK n cikgu2 lain tanya "nape bdk2 tu suka kamu?" aku jwb mudah je "besalah...aku kan cikgu!"
Tuesday, September 16, 2008
indahya hidup
biasalah d perhimpunan sibuk bdk2 wat xtvt....cikgunya pulak layan menyembang... biasanya menyembang dgn utz bad...pantang nampak je...mcm2 le benda nak kongsi. aku mendengar dgn setia.
tp hr ini change partner. best jg bila brsembang dgn cikgu R penuh dgn penambahan intelektual lak n mengembangkan minda...dr bab sejarah (?) hingga agama (!) n isu2 semasa dikupas dgn hemah...best! xle meraban atau ngumpat jer...lg pun ni kan bln pose....hehehe..
thari pula temankan cik pora g psr pudu beli gift kasi lecturer2 ipik. yg plg ketara adalah sambutan hangat di ipik. baru le nampak muka lec2 berseri skit...exstudent dtg bertandang. wlu dicop muka tembok...tak kisah...tp yg pasti they r hepi!!! sempat jg kacau kak kih ronggeng n kak manja kat opis pentadbiran...so hepi!!!
nk ambik folio kh.....semua tak jumpa....mana entah....
mlm lps terawikh duk le kat meja. ada lah pok cik ni....relax je orgnya. but ilmu penuh didada...mcm2 pesan disampaikan. byk jg le subject discussion...i really appriciate e input....thanks to Alllah..it shows to me that ...masih ada org yg sayang aku wlu xbrapa kenal sgt... yelah kan Allah memberi kasih sayang dgn mengirim pok cik ni menyampaikan sesuatu yg bermanfaat....at last kita patut bersyukur dgn apa yg ada..pertingkatkan amal...(besalah discussion sambil aku perabih kuih moreh atas meja...heheh..motif?)
Sunday, September 14, 2008
Shopping!
Dalam train nak balik jumpa member lama shahrizal & Ismarliza with their daughter.
Pada masa yang sama fuza and izi berbuka sama2...besalah tak ajak punnn...
Friday, September 12, 2008
Al-kisahnya
"abg... tlg dtg umah segera, urgent".
Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.
Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.
Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.
Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis
Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia
Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.
Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.
Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.
Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.
"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu... hu... "
" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"
"Hu..hu"
Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.
Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on... tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.
Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.
"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."
Mural
Sunday, September 7, 2008
Shopping di Jalan TAR
Minggu depan plan nak g dgn tunang...hehe... Harapnya kaki ku tak lenguh2X....

