Thursday, October 30, 2008

Nikah & Preperation Perkahwinan Ku -

Post ini aku copy dari fuza jerrr... tak sempat nak tulis or upload pics lain lagi...

Wednesday, October 29, 2008

By fuza

~~~~......MAJLIS AKAD NIKAH......~~~~ ~~..MOHD.KHAIRUL..&..NASUARIANI..~

ermmm.. cerita yg amat panjang.. tatau macam mana nak mula.. ok la.. dimulakan dengan bismillah.. semoga aku KURANG menipu dan KURANG menokok tambah cerita.. haha...




hari sabtu lepas, 25oktober2008, kitorang bertolak dari umah kerol ke pahang lebih kurang jam 6ptg... ermm..setelah FIZA MENG'KENSEL'KAN KEHADIRAN BELIAU, aku pun terpaksa la pegi dgn famili kerol (dgn muka tak malu..haha)

jalan jam giler.. sakit kepala hotak aku..minyak cap kapak jd teman setia.. sampai kat mengkarak, pahang tu lebih kurang jam 1045 malam..lebih 4 jam perjalanan kitorang tau..huhu... korang imagine la sendiri mcm mana sengetnya tudung aku, mabuk + muntah2 kalah org ngandong.. argghhhh...

pastu, mengikut perjanjian awal, aku akan tido umah kak yani, tapi kerol tak kasi.. mcm2 la alasan dia..siap sogok aku dgn ceklat ferero rocher.. huhu.. tau kenapa dia tak kasi tido umah kak yani?? sbb..aku kena jadi bibik dia.. cocok bunga telur, streka baju pengantin, streka alas dulang hantaran, basuh kawah,kuali, dll....


walaupun aku senyum & buat peace..sebenarnya takder la ikhlas sgt cocok bunga telur tu...huhu


lepas dinner yg sedap giler kat umah sedara kerol tu, tibalah acara berinai.. mak kerol pakaikan inai tu without spek mata.. maka, imagine sendiri la tgn kerol tu bertompok2.. haha.. lepas tu, ngantok tido... esok, KEROL & YANI's BIG DAY....
Pagi tu, 26 oktober 2008 - sehari sebelum DEEPAVALI.. semuanya mcm rilex je.. aku je kalut..cocok bunga telur..streka alas tray hantaran..
kerol dgn abg dia sebok masukkan BUTANG BAJU MELAYU YANG GLAMER
(kepada sesiapa yg berminat, bleh contact saya..saya tau mana nak cari butang tu..hehe)
dah setel semuanya.. kami pun berangkatla ke masjid (apa ek namanya??lupa la..yg pasti sebelah kubur tu..)
(brooch atas songkok kerol tu aku punya tau.. butterfly lagi.. member nak kawen,bagi la pinjam..glamer sket..haha.. MALATOP !!!)
ni gambar kenang-kenangan kat felda apa ek? tenteram, jenderam? lebih kurang la bunyi nyer.. huhu..


DI MASJID...

ketibaan pengantin perempuan...
ketibaan pengantin lelaki...
(yg terpaksa amik wuduk sekali lagi kat masjid tu sbb KENTUT dlm keta.. kononnya nervous.. tapi mmg dia bedal nasik lemak pagi tu mcm org kebulur semacam je..busuk keta tu.. hilang bau perfume aku.. huh!!!!)
dalam masjid tu, sebelum akad nikah, tok imam tu baca la sket tazkirah, khutbah2 nikah.. seb baik dia tak suruh kerol senaraikan rukun nikah, rukun islam, rukun iman, rukun negara & PIPP.. tu blom tonggak 12.. kalu tok imam tu tanya, sure kentut skali lagi mamat tu.. muahahhaaa...
macam biasa, bila org bagi khutbah, kerol buat muka..gelak2 la..ntah apa2.. nak kawen ke tanak mamat ni.. bila nak akad nikah, bleh plak dia tanya mcm2 soklan kat tok imam tu.. banyak btoi songeh mamat ni.. huh..
tapi, Alhamdulillah, dengan sekali lafaz je, kak yani SAH menjadi milik kerol.. berkat usaha yg bersepadu menghafal lafaz akad tu sepanjang perjalanan dari KL ke pahang.. (that's why aku muntah tu..huhu).. memula tu, risau gak dia kena ulang, sbb sebelum tu dia dok gelakkan Lan Petpet (senario) tu akad nikah sampai 4 kali baru sah.. hehe.. tapi, OK la.. mamat ni kan poyo.. slalu over confidence..cantik tak lengan baju kerol ni.. hehe.. kepada sesiapa yg berminat, sila hubungi saya untuk mendapatkan address tempat nak streka batu bling-bling ni.. GLAMER NYAH... hehhe..
ni gambar kerol tgh sain apa ntah.. aku tatau la.. tanya dia.. org yg dah kawen tau kot amenda surat tu.. sijil nikah kot.. awat besaq sgt?? kompius...

ni gambar cincin diorg.. ermm.. cantik...
penyerahan mas kawen.. RM22.50.. tunai..
ni antara gambar2 hantaran diorang..





rasanya cukup la sampai kat sini cerita time nikah kerol & kak yani.. time sanding nanti2 la kita citer ek.. server tak bagus la.. tak leh nak upload gambar.. susah btoi pakai broadband ni..lembab.. nanti la balik seremban kta update citer time sanding plak ek.. hehe..


ANYWAY, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KEROL & KAK YANI..
SEMOGA BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT...
kepada kawan2 yg lain..tunggu kta update citer time sanding tau.. banyak nak ngumpat ni.. especially pasal...
panglima yg berkeris memakai baju kaler PINK..
hehehehe.....

Tuesday, October 28, 2008

Jawatan Kosong : Penyampai Radio Putrafm

Putra FM masih membuka peluang kepada calon yang berminat untuk mengisi jawatan Penyampai Radio (B17) secara sambilan. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web Putra FM untuk maklumat sepenuhnya. Sila layari http://www.putrafm.upm.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

Sunday, October 26, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU !!!







saya letih la baru balik dari pahang.. nanti bila hilang penat saya ceritakan kesemuanya.......
panjang tau citer dia..




anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU buat kak yani & kerol...

Perkahwinan Ku -

By Fuza:

MAJLIS PERSANDINGAN - kerol & kak yani..


majlis bersanding diorang diadakan after akad nikah.. sepatutnya dijadualkan lebih kurang kol 1, tapi biras kerol yg nak sanding skali tu dtg lambat.. terpaksa la kami menunggu.. letih woo.. sampai tertido pengantin tu..
dalam kol 1 lebih, dia pun bersiap la tukar baju yang jambu sket.. hehe.. pink woo... sekali lagi, kepada sesiapa yg berminat dan berkenan dgn brooch atas tengkolok dan butang2 baju melayu kerol yg MALATOP tu, sila hubungi saya.. hehe..










































Monday, October 13, 2008

kad kahwin

Petang tadi teman Izi tgk2 kad kahwin kad kajang.....tiba2 aku lak yang nak tempahhhhh...heheh

Friday, September 26, 2008

Last week of ramadhan

Minggu ni xtvt padat...ditambah dgn badan yang kurang sehat...uhh....

1) 24hb sept - paksa izi gi nilai
- tp nape fuza yang shopping?????
2) 24hb sept - paksa kak has masak utk berbuka. ingat air khatira tau....
3) 25hb sept - berbuka dgn exroomate...kat sunway pyramid (tak gi...sedey..ohhhh)
4) 25hb sept - berbuka dgn sekolah kat restoran puteri, mont kiara....best!!!!
- majlis tadarus
5) 26hb sept - majlis penyampaian sumbangan kpd org miskin n yatim
6)26hb sept - mlm ni last jd bilal terawikh...bec after sahur bertolak balik ke perak!!!!! Daaaaaa...

"balik kampung...ohoooooo...balik kampung...."

Saturday, September 20, 2008

Hari2.....

Hari2 g sekolah....best jumpa bdk2 ppkp....agak2 boring blh menyembang dgn bdk2....wlau entah hape2 cite...cukuplah aku sebagai pendengar mereka. Sebenarnya xde apa2 pun....tp dek kerana jd pendengar setia...percayalah bdk2 akan suka...dari jauh dah nak bercerita...klu kita ada, gigih panggil kita...

Besalah ppkp dlm lingkungan dunianya....tp yg syoknya bdk2 tahun 6 selalu kacau....klu dlm kelas sibuk je menyinggah...di perhimpunan siap tunjuk sign peace dan entah hape2 sign lagi...masa rehat mesti nak tunjuk muka....dari jauh dah panggil nak salam...cium tangan...dan siap peluk2 lagi...mulanya tak selesa lama2 dah jadi best sbb mereka semua sentiasa hepi..heheh...

sampaikan PK n cikgu2 lain tanya "nape bdk2 tu suka kamu?" aku jwb mudah je "besalah...aku kan cikgu!"

Tuesday, September 16, 2008

indahya hidup

kadang2 apa yg berlaku tidak terduga...byk sgt perkara yg berlaku dlm hidup yg menjadikannya indah dan bermakna.

biasalah d perhimpunan sibuk bdk2 wat xtvt....cikgunya pulak layan menyembang... biasanya menyembang dgn utz bad...pantang nampak je...mcm2 le benda nak kongsi. aku mendengar dgn setia.
tp hr ini change partner. best jg bila brsembang dgn cikgu R penuh dgn penambahan intelektual lak n mengembangkan minda...dr bab sejarah (?) hingga agama (!) n isu2 semasa dikupas dgn hemah...best! xle meraban atau ngumpat jer...lg pun ni kan bln pose....hehehe..

thari pula temankan cik pora g psr pudu beli gift kasi lecturer2 ipik. yg plg ketara adalah sambutan hangat di ipik. baru le nampak muka lec2 berseri skit...exstudent dtg bertandang. wlu dicop muka tembok...tak kisah...tp yg pasti they r hepi!!! sempat jg kacau kak kih ronggeng n kak manja kat opis pentadbiran...so hepi!!!

nk ambik folio kh.....semua tak jumpa....mana entah....

mlm lps terawikh duk le kat meja. ada lah pok cik ni....relax je orgnya. but ilmu penuh didada...mcm2 pesan disampaikan. byk jg le subject discussion...i really appriciate e input....thanks to Alllah..it shows to me that ...masih ada org yg sayang aku wlu xbrapa kenal sgt... yelah kan Allah memberi kasih sayang dgn mengirim pok cik ni menyampaikan sesuatu yg bermanfaat....at last kita patut bersyukur dgn apa yg ada..pertingkatkan amal...(besalah discussion sambil aku perabih kuih moreh atas meja...heheh..motif?)


Sunday, September 14, 2008

Shopping!

Semalam temankan tunang gi shopping...besalah kat sogo dan kawasan jajahan sekitarnya. Walaupun orang ramai ia tidak memberi effect kepada kami bec dah ada mindset. Berlegar2 kawasan tujelah....dan sempat menyesakkan jalan TAR dalam setengahjam je. Tak de beli benda pun....sikit2 je....

Dalam train nak balik jumpa member lama shahrizal & Ismarliza with their daughter.

Pada masa yang sama fuza and izi berbuka sama2...besalah tak ajak punnn...

Friday, September 12, 2008

Al-kisahnya

"abg... tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina... gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu... hu... "

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on... tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."

Mural

Budak2 sibuk wat UPSR...kami sibuk wat mural... abih dinding kena cat.... nati aku tunjuk pics...xsempat nak download..hehe...

Sunday, September 7, 2008

Shopping di Jalan TAR

Setiap kali raya adalah suatu kemestian bagi warga KL dan kawasan sekitarnya menyerbu jalan TAR. Tapi....rasanya tak sanggup lak nak merempuh lautan manusia yang berbagai warna kulit dan bau....

Minggu depan plan nak g dgn tunang...hehe... Harapnya kaki ku tak lenguh2X....

Wednesday, September 3, 2008

Futsal???


Dah setahun reunion Bulan Ramadhan....
Aku tengah tunggu tahun ni....Bila oi???

Baguih tul planning tahun lepas...petang main bowling, berbuka ramai2, tarawikh(???), tadarus (???), main futsal and di meja kopi sampai sahur....heheh....

Lama ku ingat



Ni ler member lama di Kijal....huhuhu.... Dah keja kat Risda...Dah nak kawen jgk...(gosip dari rimau...heheh...)


Tuesday, September 2, 2008

memorable sahur

Yuppp!!! tadi adalah hari kedua bangkit untuk bersahur. Cuma aku dan zul je... cukup ala kadar alas perut je... Bubur jagung - jiran sebelah rumah bagi, Pengat pisang - jiran depan rumah pula bagi, Cok kodok - tipah bagi dan roti john aku beli dari bazaar ramadhan.

Tapi the 1st sahur lagi best...bukan apa ada abg mie sekali....meriah mcm kat rumah. jam 12 kami sibuk prepare meals....."kami" tu aku jelah...yang abg mie and zul bantai tidor...natijahnya beridang dan mengemas abg mie buat and bab membasuh zul tiba2 rajin. setahu aku......complaint je tau....ada improvement! Maklumlah sejak mula ada awek nampak bertanggungjawab sikit...heheh

whatever pun sahur tu ttp best!

Sunday, August 31, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Salam bahagia semua!!!

Ramdhan telah tiba!!!!! Yippie2X!!! Save budget untuk bulan ni.... Awal-awal lagi dah di invite ke surau everyday....untuk berbuka. Biasalah....bujang...kalau nak masak tak berbaloi, kalau nak beli membazir (kerajaan kan suruh berbelanja jimat cermat...hehehe), kalau nak harapkan jiran sebelah bagi hari-hari...naik tebal lak muka... So decision paling munasabah adalah pergi je ke surau berbuka. Murah rezeki!

Nak cover malu buat-buat le.... bentang sejadah, cuci cawan, mengendeng dgn orang surau gerenti ok.... Lagi pun sapela nak abihkan sedekah orang... tak baik tau menghampakan hajat orang lain.... :p

Tapi korang jangan la pulak niat "Sahaja aku ke surau hendak makan free" Ishk!!

Sunday, August 17, 2008

Sepital....




Cita-cita dulu nak menjadi doktor..result subjek sains ok....tapi math teruk...terus jadi cikgu MATH untuk PPKP! (membuktikan aku ni teror math la...) Ni kira peluang test bakat dgn kaedah mempercepatkan tetesan water dripper tu...
Meratapi pemergian Puan Dalilah di Serdang spital....yang terpaksa menjalani operation.....




Saturday, August 16, 2008

Karangan dari murid PPKP

Ini adalah karangan murid PPKP yang paling bijak dalam BM. Jumaat tadi berpeluang membawa mereka ke computer lab... Jadi aku suruhlah mereka taip karangan sendiri...

Kesian bersusah payah mereka mencari huruf di papan keyboard... Ok enjoy the article!


Nama saya danisey


Saya tinggal di kuala lumpur . saya bersekolah di sk desa petaling. Saya belajar di unit satu. Saya mempunyai ramai kawan. Kawan baik saya ialah zaid, syafiq, amirul, dan izwan.


Tiap tiap hari saya bermain basikal dengan adik saya dekat tingkat satu saya suka berkawan dengan amirul dan zaid saya suka sekolah di desa petaling saya suka bermain bola sepak saya suka belajar dengan cikgu khairul saya suka balik kampung saya di Pahang ayah saya selalu membawa saya pergi bersia sia dekat taman saya saying adik saya saya suka makan nasi ayam dan saya suka makan nasi lemak saya suka mandi dekat sungai air masin saya suka tidur dengan adik saya saya selalu dapat duit lima posing dekat saya dan adik saya saya pergi ke sekolah menaiki kereta proton saga ayah saya dan saya balik dari sekolah dengan adik saya naik ven saya suka naik ven saya suka tengok cerita catdog dan soleha

Selamat Menyambut Nisfu Sya’aban

Inilah kafi’at membaca doa’ nisfu sya’aban.

Bahawa hendaklah sembangyang sunat kemudian daripada sembahyang maghrib dua raka’at. Maka ayatnya yang pertama kemudian daripada fatihah surah al-kafirun. Dan ayatnya yang kedua kemudian daripada fatihah surah al-ikhlas.

Kemudian memberi salam maka membaca yasiin tiga kali.

v Dengan niat yang pertama; minta dipanjangkan umur kerana ibadah kepada Allah SWT.

v Dan niat yang kedua; minta rezeki yang banyak serta halal kerana buat bekal ibadah kepada Allah SWT.

v Dan niat yang ketiga; minta ditetapkan iman.

(Hehehe....gaya penulisan ala kitab lama)

Ingin aku ceritakan lembaran ini sebagai meninggalkan tanda penghargaan pada….

Hari-hari yang biasa menemukan aku dengan seseorang yang baru. Seperti lazimnya jamaah surau seperti selalunya datang, pergi dan balik apabila selesai menunaikan solat. Kadangkala terdapat jamaah baru yang bertukar ganti.


Biasalah surau sementara hanya berbumbung khemah yang didindingi plastik cuma. Kadangkala panas. Namun sejak kebelakangan ini sering pula aku ketemu jamaah ini. Orangnya biasa-biasa saja. Umur lewat 30an dan selalu membawa anak ke surau. Biasanya anaknya akan tertidur di saf belakang sementara selesai dia menunaikan solat isyak. Orangnya agak pendiam, senyap dan sedikit serius.


Awalnya akau tidak pernah nampak dia bercakap dengan jamaah.
Dia hanya senyum sahaja bila berjumpa dengan jamaah lain. Selesai sahaja solat terus sahaja pulang. Nampak muka masa solat sahaja. Tak apalah....


Lama kelamaan segalanya seakan berubah...


Jika jumpa di halaman surau pasti dia akan berhenti menunggu. Jika ada acara mahupun senggang waktu di surau pastinya juga dia duduk ditepi. Jika ada masa atau kelapangan pastinya dia ada juga.


Entah kenapa juga dia akan menunggu aku mula membuka cerita. Dan dia akan mendengar....
aku pun entah apa-apa yang dibualkan. Layan sajalah. Lagi pun aku kalau bercakap susah nak berhenti. Biasanya soal kerja, hal-hal semasa, kadangkala selalu juga aku meminta nasihat.


Sekarang ini pula dia akan tunggu aku hingga aku habis solat. Kalau aku hendak balik awal dia akan tahan.
Jika ada jamuan dia akan tunggu pula sampailah aku habis makan. Dia akan duduk temankan melayan aku mengunyah dan melantak sakan.


Tapi aku sedikit hairan... kenapalah rajin sangat dan sabar sekali dia menunggu aku. Melayan aku macam kawan lama dengan sangat baik.


Lama kelamaan aku menemukan sesuatu yang baik pada dia yang sukar untuk aku tulis.... kalaulah semua orang Islam yang aku jumpa baik....


Yelah...Macam korang juga! Heheheh...

Wednesday, August 13, 2008

Terima Kasih

Kepada semua kengkawan terima kasih ku ucapkan atas perkenalan....

Pelajari Sesuatu Ketika Membacanya :))

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS...
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1.Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.