Saturday, August 16, 2008

Selamat Menyambut Nisfu Sya’aban

Inilah kafi’at membaca doa’ nisfu sya’aban.

Bahawa hendaklah sembangyang sunat kemudian daripada sembahyang maghrib dua raka’at. Maka ayatnya yang pertama kemudian daripada fatihah surah al-kafirun. Dan ayatnya yang kedua kemudian daripada fatihah surah al-ikhlas.

Kemudian memberi salam maka membaca yasiin tiga kali.

v Dengan niat yang pertama; minta dipanjangkan umur kerana ibadah kepada Allah SWT.

v Dan niat yang kedua; minta rezeki yang banyak serta halal kerana buat bekal ibadah kepada Allah SWT.

v Dan niat yang ketiga; minta ditetapkan iman.

(Hehehe....gaya penulisan ala kitab lama)

No comments: