Hari-hari yang biasa menemukan aku dengan seseorang yang baru. Seperti lazimnya jamaah surau seperti selalunya datang, pergi dan balik apabila selesai menunaikan solat. Kadangkala terdapat jamaah baru yang bertukar ganti.
Biasalah surau sementara hanya berbumbung khemah yang didindingi plastik cuma. Kadangkala panas. Namun sejak kebelakangan ini sering pula aku ketemu jamaah ini. Orangnya biasa-biasa saja. Umur lewat 30an dan selalu membawa anak ke surau. Biasanya anaknya akan tertidur di saf belakang sementara selesai dia menunaikan solat isyak. Orangnya agak pendiam, senyap dan sedikit serius.
Awalnya akau tidak pernah nampak dia bercakap dengan jamaah. Dia hanya senyum sahaja bila berjumpa dengan jamaah lain. Selesai sahaja solat terus sahaja pulang. Nampak muka masa solat sahaja. Tak apalah....
Lama kelamaan segalanya seakan berubah...
Jika jumpa di halaman surau pasti dia akan berhenti menunggu. Jika ada acara mahupun senggang waktu di surau pastinya juga dia duduk ditepi. Jika ada masa atau kelapangan pastinya dia ada juga.
Entah kenapa juga dia akan menunggu aku mula membuka cerita. Dan dia akan mendengar.... aku pun entah apa-apa yang dibualkan. Layan sajalah. Lagi pun aku kalau bercakap susah nak berhenti. Biasanya soal kerja, hal-hal semasa, kadangkala selalu juga aku meminta nasihat.
Sekarang ini pula dia akan tunggu aku hingga aku habis solat. Kalau aku hendak balik awal dia akan tahan. Jika ada jamuan dia akan tunggu pula sampailah aku habis makan. Dia akan duduk temankan melayan aku mengunyah dan melantak sakan.
Tapi aku sedikit hairan... kenapalah rajin sangat dan sabar sekali dia menunggu aku. Melayan aku macam kawan lama dengan sangat baik.
Lama kelamaan aku menemukan sesuatu yang baik pada dia yang sukar untuk aku tulis.... kalaulah semua orang Islam yang aku jumpa baik....
Yelah...Macam korang juga! Heheheh...

No comments:
Post a Comment