Sunday, August 31, 2008
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Ramdhan telah tiba!!!!! Yippie2X!!! Save budget untuk bulan ni.... Awal-awal lagi dah di invite ke surau everyday....untuk berbuka. Biasalah....bujang...kalau nak masak tak berbaloi, kalau nak beli membazir (kerajaan kan suruh berbelanja jimat cermat...hehehe), kalau nak harapkan jiran sebelah bagi hari-hari...naik tebal lak muka... So decision paling munasabah adalah pergi je ke surau berbuka. Murah rezeki!
Nak cover malu buat-buat le.... bentang sejadah, cuci cawan, mengendeng dgn orang surau gerenti ok.... Lagi pun sapela nak abihkan sedekah orang... tak baik tau menghampakan hajat orang lain.... :p
Tapi korang jangan la pulak niat "Sahaja aku ke surau hendak makan free" Ishk!!
Sunday, August 17, 2008
Sepital....
Saturday, August 16, 2008
Karangan dari murid PPKP
Ini adalah karangan murid PPKP yang paling bijak dalam BM. Jumaat tadi berpeluang membawa mereka ke computer lab... Jadi aku suruhlah mereka taip karangan sendiri...
Kesian bersusah payah mereka mencari huruf di papan keyboard... Ok enjoy the article!
Nama saya danisey
Saya tinggal di kuala lumpur . saya bersekolah di sk desa petaling. Saya belajar di unit satu. Saya mempunyai ramai kawan. Kawan baik saya ialah zaid, syafiq, amirul, dan izwan.
Tiap tiap hari saya bermain basikal dengan adik saya dekat tingkat satu saya suka berkawan dengan amirul dan zaid saya suka sekolah di desa petaling saya suka bermain bola sepak saya suka belajar dengan cikgu khairul saya suka balik kampung saya di Pahang ayah saya selalu membawa saya pergi bersia sia dekat taman saya saying adik saya saya suka makan nasi ayam dan saya suka makan nasi lemak saya suka mandi dekat sungai air masin saya suka tidur dengan adik saya saya selalu dapat duit lima posing dekat saya dan adik saya saya pergi ke sekolah menaiki kereta proton saga ayah saya dan saya balik dari sekolah dengan adik saya naik ven saya suka naik ven saya suka tengok cerita catdog dan soleha
Selamat Menyambut Nisfu Sya’aban
Bahawa hendaklah sembangyang sunat kemudian daripada sembahyang maghrib dua raka’at. Maka ayatnya yang pertama kemudian daripada fatihah surah al-kafirun. Dan ayatnya yang kedua kemudian daripada fatihah surah al-ikhlas.
Kemudian memberi salam maka membaca yasiin tiga kali.
v Dengan niat yang pertama; minta dipanjangkan umur kerana ibadah kepada Allah SWT.
v Dan niat yang kedua; minta rezeki yang banyak serta halal kerana buat bekal ibadah kepada Allah SWT.
v Dan niat yang ketiga; minta ditetapkan iman.
(Hehehe....gaya penulisan ala kitab lama)
Ingin aku ceritakan lembaran ini sebagai meninggalkan tanda penghargaan pada….
Hari-hari yang biasa menemukan aku dengan seseorang yang baru. Seperti lazimnya jamaah surau seperti selalunya datang, pergi dan balik apabila selesai menunaikan solat. Kadangkala terdapat jamaah baru yang bertukar ganti.
Biasalah surau sementara hanya berbumbung khemah yang didindingi plastik cuma. Kadangkala panas. Namun sejak kebelakangan ini sering pula aku ketemu jamaah ini. Orangnya biasa-biasa saja. Umur lewat 30an dan selalu membawa anak ke surau. Biasanya anaknya akan tertidur di saf belakang sementara selesai dia menunaikan solat isyak. Orangnya agak pendiam, senyap dan sedikit serius.
Awalnya akau tidak pernah nampak dia bercakap dengan jamaah. Dia hanya senyum sahaja bila berjumpa dengan jamaah lain. Selesai sahaja solat terus sahaja pulang. Nampak muka masa solat sahaja. Tak apalah....
Lama kelamaan segalanya seakan berubah...
Jika jumpa di halaman surau pasti dia akan berhenti menunggu. Jika ada acara mahupun senggang waktu di surau pastinya juga dia duduk ditepi. Jika ada masa atau kelapangan pastinya dia ada juga.
Entah kenapa juga dia akan menunggu aku mula membuka cerita. Dan dia akan mendengar.... aku pun entah apa-apa yang dibualkan. Layan sajalah. Lagi pun aku kalau bercakap susah nak berhenti. Biasanya soal kerja, hal-hal semasa, kadangkala selalu juga aku meminta nasihat.
Sekarang ini pula dia akan tunggu aku hingga aku habis solat. Kalau aku hendak balik awal dia akan tahan. Jika ada jamuan dia akan tunggu pula sampailah aku habis makan. Dia akan duduk temankan melayan aku mengunyah dan melantak sakan.
Tapi aku sedikit hairan... kenapalah rajin sangat dan sabar sekali dia menunggu aku. Melayan aku macam kawan lama dengan sangat baik.
Lama kelamaan aku menemukan sesuatu yang baik pada dia yang sukar untuk aku tulis.... kalaulah semua orang Islam yang aku jumpa baik....
Yelah...Macam korang juga! Heheheh...
Wednesday, August 13, 2008
Pelajari Sesuatu Ketika Membacanya :))
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS...
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1.Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
